Thursday, April 30, 2015

HANTU RAYA

Dalam Masyarakat kita, ada yang mempercayai kewujudan Hantu Raya. Dalam Kepala aku bila sebut hantu raya, aku terbayang lembaga bewarna hitam yang besar..Jom kita tengok pengertian
atau info2 sikit pasal hantu raya ni.

Hantu Raya

Hantu Raya dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.

Hantu Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.

Hantu Raya yang dipelihara itu akan perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.

Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan,
ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.


Kenapa Orang Nak Bela Hantu Raya & dari Mana Dapat Nama Hantu Raya Ni???

Hantu Raya biasanya dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja-kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya. Dinamakan Hantu Raya bersempena saiznya yang besar seperti penggunaan dalam bahasa Melayu Balairaya, jalan raya dan sebagainya.Hantu raya boleh menyerupai bentuk manusia.


Apa Kelebihan Yang Ada Kat Hantu Raya Ni???

-Hantu Raya biasanya mampu melakukan kerja-kerja berat seperti empat atau lima orang dengan  mudah.
-Ia boleh menjelma sebagai manusia.
-Ia boleh membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya.

Apa Pulak Kelemahan Si Hantu Raya Ni & Penjaganya???

-Pengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam.
-Hantu Raya akan mengamuk sekiranya tidak dijaga dengan baik.
-Tuannya sukar untuk mati sekiranya tidak ada orang hendak menerimanya.
-Hantu raya suka menyamar sebagai pemiliknya dan akan tidur bersama isteri tuannya jika tidak  dikawal.
-Anda mesti simpan selipar anda diluar rumah supaya hantu raya tidak masuk dan akan  membersihkan rumah kita

Dari Segi Ilmiah 

Bagaimana tuan punya menurunkan kepada warisnya adalah melalui keris yang diperturunkan dari generasi ke generasi. Biasanya setitik darah tuannya dikehendaki untuk memastikan tuan yang baru dan akan menurut perintah tuannya.

Ramai orang tua yang mengamalkan bahawa dengan mempunyai pendamping ini mereka merasa selamat dari ancaman musuh tetapi hantu raya atau jin ini ada kelemahannya.


Apa rawatan mengikut islam untuk lawan hantu raya ni???

Bacaan ayat Kursi digunakan bagi menyembuhkan pesakit yang terkena gangguan.


Rawatan Mengikut Kepercayaan Masyarakat??

Dalam amalan masyarakat Melayu pula, menggunakan lada kering, garam dan arang sahaja. Setiap batang lada patahkan tiga bahagian dengan bacaan Al-Fatihah setiap satu dan sebanyak 40 batang lada kering diperlukan (jadi 120 batang kecil). Bacakan ayat Kursi sebanyak 33 kali dan hembuskan keatas air. Renjis air ini ke atas garam dan arang tadi. Kemudian gunakan arang ini untuk menghidupkan api di atas dupa. Letakkan sedikit lada dan garam sedikit demi sedikit sehingga habis. Masa yang sesuai dari pukul 6.00 petang sehingga habis lada di bakar. Hantu raya akan lari atau mengakibatkan dia cedera disebabkan oleh gas lada ini.Biasanya ia akan membunuh tuannya kerana tuannya tidak dapat mengubatinya. Ayat Kursi adalah pantang jin dan lada serta garam  adalah musuhnya. Gunakan sebaiknya kaedah ini sekiranya anda memasuki rumah yang lama tidak diduduki atau diganggu hantu raya atau anda mengalami sakit yang tiada puncanya. Asapkan badan atau bahagian yang sakit dengan asap lada ini.
(Sumber: Wikipedia )



OOO....Apa-apa pun ni cuma penerangan saja, tetapi semuanya hanya Allah yang maha mengetahui.
Pengalaman aku pasal hantu raya ade sekali mungkin waktu tu aku kecik lagi...masa tu ada benda
berjalan atas bumbung rumah aku, tapi yang peliknya tak semua orang denga...hanya bebrapa orang je...bila hari berikutnya pergi tengokkan kat orang lebih pandai, dia cakap tu hantu raya....huhuuh
Seram gak ...
Ok, jom kita baca lak ape ciri-ciri yang mungkin ada pada orang yang ada bela hantu raya ni....

Ciri-ciri Orang yang memelihara hantu raya ??


1. Takut bertentang mata apabila bercakap
2. Gementar dan keluh kesah apabila berjumpa dengan orang alim
3. Hati sentiasa tidak tenang dan badan sentiasa berpeluh apabila berada dalam majlis ilmu
4. Gemar makan bubur kacang merah dan suka menjamu orang makan pada malam Jumaat
5. Walaupun usia lanjut tetapi memiliki tenaga luar biasa apabila melakukan kerja-kerja berat
6. Apabila keluar rumah, orang itu tidak akan memberitahu ahli keluarga terutama isteri tentang
     hal itu
7. Kerap membawa berpuluh-puluh telur rebus ke dalam hutan
8. Apabila ada mesyuarat, orang ramai akan patuh dan tunduk dengan keputusan yang dibuatnya
9. Mempunyai tenaga seks luar biasa ketika bejimak dengan isteri.
10.Kerap bersetubuh.


Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz berkata individu yang bersahabat dengan hantu raya memperolehi apa hajat dengan bantuan makhluk itu.Namun,sebagai imbalan,mereka perlu memenuhi beberapa pra-syarat seperti yang dikehendaki oleh si hantu raya..(Seperti dalam kebanyakan drama seram melayu).
Wallahua’lam




Dari ape yang aku tahu gak, Bahaya bela hantu Raya ni ialah dia boleh menjelma sebagai tuannya
dan meniduri isteri tuannya...Si Isteri mana la tahu kan, dia tengok suami dia padahal tu hantu raya...
Baik jangan la berdamping dengan benda2 mcm ni....banyak keburukan dia , dah lah dapat kemurkaan Allah...merugikan diri sendiri...







Wednesday, April 29, 2015

PENANGGAL




Penanggal merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memelihara harta dan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu penanggal dipercayai diberi makan darah daripada ibu yang mengandung / baru melahirkan anak.

Hantu penanggal dikatakan membolehkan tuannya mampu menjelma sebagai sejenis makhluk berkepala dengan urat perut yang bercahaya dan terbang mencari mangsa. Penanggal akan terbang kerumah yang dikenal pasti mempunyai wanita yang baru bersalin dan kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.

Mereka yang memelihara Penanggal dikatakan mampu menanggalkan kepala dan urat perut mereka dan terbang mencari wanita bersalin bagi memberi makan kepada Penanggalan. Selepas mereka makan, dikatakan pengamal Penanggal akan merendam urat perut mereka kedalam tempayan yang berisi cuka bagi mengecutkan perut sebelum masuk kembali kedalam badan asal mereka.

Cara nak lindungi diri & nak kenal penanggal ???

Cara menghalang gangguan Penanggalan dikatakan dengan cara meletakkan daun berduri, seperti daun mengkuang, di bawah rumah ibu yang baru bersalin. Ini dikatakan kerana hantu Penanggalan takut menghampiri rumah yang berduri kerana bimbangkan tali perut mereka tersangkut pada duri tersebut.

Daun berduri ini akan diikat pada tingkap rumah bagi memastikan ia memerangkap isi perut Penanggalan. Ini biasanya dilakukan pada rumah wanita yang baru bersalin. Bagaimanapun, kononnya cara ini tidak membantu bayi sekiranya Penanggal masuk melalui papan lantai. Dalam sesetengah keadaan, dikatakan beberapa bulan sebelum kelahiran, kaum keluarga wanita hamil akan menanam nenas di bawah rumah (rumah tradisi Melayu yang bertiang). Buah dan daun yang berduri akan menghalang hantu penanggalan dari memasuki bawah rumah. Apabila terperangkap, Penanggal yang menyerang kemudian boleh dibunuh dengan parang. Sebagai perlindungan tambahan, wanita mengandung akan meletakkan gunting atau kacip pinang di bawah bantal, kerana Penanggal dikatakan takut benda-benda tajam ini.

Cara lain yang dikatakan paling berkesan bagi mengenal pasti pemilik Penanggal adalah dengan memusingkan jasad tanpa kepala yang ditinggalkan ketika mereka keluar mencari mangsa. Ini kerana apabila mereka kembali, kepala tersebut akan bercantum songsang dengan jasad mereka menyebabkan kepala mereka bercantum kearah kebelakang. Kepala menghadap kebelakang tubuh.

Bidan yang menjadi Penanggal pada waktu malam kelihatan sebagai wanita biasa pada siang hari. Mereka bagaimanapun boleh dikenai sebagai Penanggal melalui tingkah laku mereka. Apabila berjumpa orang ramai, mereka biasanya mengelak bertemu mata dan ketika bertugas sebagai bidan, mereka boleh dilihat mengecap bibir mereka, seolah-olah memikirkan makan darah wanita lahir apabila tiba waktu malam. Orang yang tahu di mana hantu Penanggalan tinggal boleh menunggu pada waktu malam ketika Penanggal terbang meninggalkan tubuhnya dan terbang keluar, ia boleh dimusnahkan dengan menuang serpihan kaca dalam lubang tengkuknya, yang akan mencederakan organ dalaman Penanggal apabila ia kembali bersambung dengan tubuhnya; atau dengan membakar tubohnya, dengan itu menghalang Penanggal dari kembali bercantum dengan tubohnya pada siang hari.


Kenapa orang jadi penanggal???

Hantu Penanggal dikatakan dituntut oleh seseorang wanita bagi membantunya mengekalkan kecantikannya, membunuh musuhnya, menjaga tanaman / peliharaan daripada pencuri dan lain-lain. Kini, penanggalan bukan sahaja dituntut ole wanita malahan lelaki juga tidak kurang hebatnya.Daerah Kota Belud amat terkenal dengan balan-balan. Sebenarnya penanggalan adalah sejenis penyakit keturunan, bagi pengamal-pengamal ilmu ini mereka akan menjangkitkan keturunan mereka melalui makanan. Itu kini ilmu ini disebut sebagai penyakit bagi zaman kini.Ada separuh masyarakat mengatakan bahawa penanggalan datang dari orang yang menuntut ilmu hitam,selalunya terdapat dikawasan pendalaman.

Penelitian Ilmiah

Kadar kematian ketika bersalin akibat kehilangan darah (tumpah darah) mungkin menyebabkan timbulnya kepercayaan ini sabagai menjelaskan mengapa kadar kematian yang tinggi. Selain itu ia mungkin sebagai satu cara menjadikan masyarakat merasakan mereka dapat mengawal sesuatu kejadian. Kematian akibat tumpah darah tidak dapat dikawal. Tetapi jika dijelaskan sebagai perbuatan hantu, masyarakat dapat berusaha untuk menghindarkan gangguan hantu tersebut melalui jampi atau amalan seperti meletakkan daun mengkuang pada tiang rumah.
Sumber: Wikipedia

Apa, yang dapat aku faham kat sini, penanggal ni manusia la punya kerja. Bersekutu dengan
syaitan n jadilah penanggal ni.
Pengalaman tentang penanggal ni aku x pernah lagi lalui, nak cari cerita yang betul2 seram pun
sikit la pasal penanggal ni.Tapi aku pernah tengok satu video kat You tube la, penanggal kena
tangkap. x tahu la betul ke x kan.

Dari ape yang video tu tunjuk, penangal tu just kepala je, n memang la muke dia menyeramkan.huhu
gambar tu skrin short la dari you tube tu.Kalo korang nak tengok click je link ni Video Penanggal.
Tapi bagi aku Extrem betul la ilmu penaggal ni , tanggalkan kepala, ish .....Bila manusia berfikir
membelakangkan agama cm ni la jadinya.




Tuesday, April 28, 2015

PENGALAMAN DI SEGITIGA BERMUDA

Tanggal 8 April 2006 adalah hari yang paling diingati dalam sejarah kerana pada hari itulah
aku ditugaskan untuk cover kapal kargo milik malaysia selendang ayu. pada hari itu juga
adalah pengalaman pertama utk tugasan cover kapal kargo kerana banyak kejadian lanun
yang menghantui pelayar-pelayar dari malaysia.

Apabila tugasan di mesir sudah tamat pihak SIB diberi tugasan baru dan Major ravi telah mengarahkan aku,bahtiar dan ramzul utk mengendali kes ini. Apabila kami ditugaskan tanpa membuang masa kami terus bersiap utk ke pelabuhan labuan dimana tempat kami akan
berlepas. perjalanan menaiki helikopter milik ATM Augusta 109E lancar tanpa sebarang
masalah.petang menyinsing dan ketibaan kami disambut baik oleh krew kapal kargo selendang
ayu yang difahamkan akan berlayar ke bahamas utk penghantaran perubatan dan keperluan
bantuan mangsa ribut disana. pihak Malaysia begitu perihatin utk membantu walaupun
bahamas adalah dibawah pemerintahan amerika namun atas dasar keperimanusiaan kerajaan
kita tetap membantu.

Aku,ramzul dan bahtiar di bawa ke dok yang menjadi tempat berehat yang berkeluasan 30 kaki dan berkatil tingkat hmm..bolehla walaupun bukan 5 star selesa la jugak. tapi salah seorang kene la tidur di lantai berlapikkan kain saja dan orang itu adalah aku sebab memang dah biasa dengan lantai-lantai ni. aku termenung seketika diatas tilam tempat bahtiar berbaring ramzul diatas pon tgh berbaring keadaan aku yang termenung itu disedari bahtiar lalu dia menegur.

"weh apsal ko termenung bro"?
sapa bahtiar sambil menolak bahuku. "Aku bukan apa aku hairan kenapa sampai nak kene cover kapal ni cube kamu tengok tadi ramai yang jadi pak guard depa senjata pon ada. jawab aku dengan penuh hairan.
"Entah la aku pon pelik juga kenapa kita nak terlibat sekali kalau dah ada yang cover kapal ni"?

sampuk ramzul yang aku dan bahtiar ingat dah bermimpi indah. tiba-tiba bahtiar menempik dalam nada yang sederhana

 "weii.. bukan ke kalau nak ke bahamas to kene lalu segitiga tu baru sampai sana"?
kata bahtiar. "ha ah la mesti kene lalu segitiga setan tu..

ahh sudah menyesal la pulak aku join cover ni" kata ramzul.

Aku hanya boleh membisu dan berfikir. Benar kata-kata bahtiar memang kapal ni akan melalui segitiga bermuda jika mahu sampai ke bahamas.Aku cuma tenteramkan mereka yang nampak gelisah.
"segitiga je beb bukan segi empat ke segi lima yang korank risau apehal"? seloroh aku..
"ye la kamu jangan cakap sembarangan dah lalu nanti baru kamu tau penangan tempat tu".

kata-kata ramzul seperti meningkatkan lagi kerisauan bahtiar yang dari tadi seperti gelisah tak tentu pasal. " dah.. cukup dengan segitiga korank.. ingat misi kita apa disini.. kita lakukan dengan profesional pasal dengan tempat puaka tu memang senjata kita tak lut pada mereka tapi apa guna kita ada Allah yang maha Esa?
sekuat2 mana jin yang ada didunia ni tidak tertanding kuasa yang Allah ada.. tadah tangan kita mohon dengan penuh yakin pasti Allah tidak akan biarkan hambanya yang didalam kesusahan" madah aku dengan penuh yakin.

Perjalanan kami ke bahamas berjalan hampir 3 minggu lamanya kerana kapal ini kerap singgah di pelabuhan-pelabuhan utk mencari bekalan makanan dan pelepasan dari negara-negara yang telah kami masuki utk memastikan apa yang kami bawa bukan barang2 haram yang boleh membawa ancaman kepada negara-negara tersebut. apabila tiba di setiap perairan ada saja tentera marin ataupon penguatkuasa laut yang datang utk memeriksa. jika ada keraguan kapal kami ditahan sementara utk pengesahan.
Apabila kapal kami tiba di lautan atlantik satu detik hati yang begitu risau apabila melihat sekitar lautan yang tiada pulau bermakna kami berada di tengah-tengah lautan atlantik yang luas dan menurut kapten kapal inilah dia laluan segitiga bermuda.
bahtiar dan ramzul seperti kerisauan melihat sesama sendiri. ketika berada di bilik kawalan kapal saya bertanya kepada kapten yang bernama zulfakar.
 " apa... kapten tak berasa risau melalui laluan ni"? tanyaku dengan penuh berani.
"ini pertama kali saya mengikuti laluan ni... sebelum ini kawan saya yang juga kapten kapal bernama john barios penah melalui laluan ini dan selepas dia menghantar barang di miami sesampainya beliau di pelabuhan para petugas menemui hanya dia seorang sahaja di atas kapal yang lain telah tiada walaupon semasa belayar sebanyak 30 crew yang menyertai pelayaran itu dari england.. dan beliau disahkan gila kerana setiap saat beliau mengatakan ada makhluk ganjil yang sedang mengganas di pertengahan laut atlantik seperti menunggu utk membaham kapal-kapal yang melalui laluan ini. sebab itulah saya juga mencari jawapan segala kebenaran yang dia katakan"
kata beliau dengan nada yang sedikit kesedihan.

Aku terdiam dan hanya menghayati kesdihan kapten zul yang benar2 terasa dengan apa yang terjadi dengan sahabatnya itu. aku kembali ke bahagian tengah kapal dan melihat ke ke lautan yang sedikit berkabus. sut yang kami pakai mengelakkan daripada terasa kedinginan yg melampau tatkala angin lautan atlantik yang melanda sekala sekala deras.

ramzul dan bahtiar sudah melakukan rondaan sekeliling bersama dengan pasukan keselamatan yang ditugaskan menjaga keselamatan kapal ini. kebanyakannya melayu dan seorang adalah berbangsa sigh. dalam penghayatan aku di lautan tiba2 bahtiar menggoncang bahuku dengan laju
" weiii.. korang nampak tak kat sana?" tuju jari bahtiar ke selatan laut.
aku dan ramzul pantas melihat.. namun aku dan ramzul tak dapat melihat apa2 kecuali kabus yang semakin tebal dan hitam.
" mana tak ada apa2 pon" pintas ramzul. " ada aku mmg nmpak tadi" yakin kata2 bahtiar itu.
" apa yang kamu nampak" kata ku.
''aku nmpak kapal'' jawab bahtiar. "Ahhh.. kapal pon mau kecoh ka?
biasa la kapal memang lalu sini'' pintas ramzul lagi.
'' takk..aku nampak kapal zaman portugis'' yakin bahtiar lagi.
'' biar betul kamu ni bahtiar''? tanya ku dengan penuh kepastian.

Aku sekali lagi mengaamati betul2 apa yang bahtiar katakan, mataku melihat sekeliling apakah benar dakwaan bahtiar tadi, kabus semakin lama semakin tebal dan hitam. tiba2 mataku terpandang satu objek di selatan laut yang berada di dalam kabus2 semakin lama semakin objek itu menampakkan diri dan sah ianya sebuah kapal perang lama..
 " ramzulll.. minorrr'' jerit aku meminta ramzul teropong.
ramzul segera memberi padaku beliau pon sudah dapat melihat kapal tersebut. aku melihat kapal tersebut dengan teropong.. semakin lama semakin dekat dan apabila ternampak satu nama dikapal tersebut aku terus diselubungi keresahan.. mana taknya nama kapal tersebut dikenali sebagai SANTA MARIA kapal perang yang pernah dinaiki oleh kapten columbus pada tahun 1492 dan pernah melaui perairan atlantik ini utk mendarat di bahamas .

Santa Maria 

Hati aku sekali lagi berdegup detap apakah ini realiti kerana apa yang ternampak dimata disaksikan juga oleh para krew kapal yang lain.. mereka semua terpegun dengan kapal yang sudah berusia beratus lamanya belayar setara dengan kapal yang sedang kami naiki ini.. bahkan dari tadi kami rasakan seperti kelajuan kapal yang berada 500 meter dari kapal kargo kami ini setara sahaja. sekali lagi teropong diarah ke kapal berusia beratus tahun itu dengan tujuan ingin melihat penghuni dan crew kapal tersebut apakah ada penghuninya. tiada nmpak sebarang kelibat manusia pon didalam kapal tersebut.
Tiba-tiba siren kapal kargo kami kedengaran.. aku pantas naik ke dek pengemudi yang melihatkan kapten zulfakar dalam keadaan cemas..
'' apa yang terjadi kapten''?
"entahlah saya tak pasti tetapi tadi saya ternampak seekor binatang yang besar sedang melintas didepan kapal seperti dinosour tengkuknya panjang dan pantas menenggelamkan diri'' kata kapten zul.
Aku melihat kembali di luar.. kapal santa maria itu masih ada dan seiring dengan kapal ini. Awan tiba2 gelap di depan kami seperti ada ribut yang mahu melanda petir sekali sekala menyambar disertakan dengan guruh namun tanda2 hujan tidak kelihatan. Ramzul dan bahtiar kedua2anya seperti terpaku apabila dipanggil nama seperti tiada respon dari mereka.
Aku turun dan membaca bismillah kemudian dihembus kemuka mereka.. alhamdulillah mereka sedar..
'' apa yang kita nak buat ni?'' kata bahtiar. angin semakin kencang.. para krew kapal bertempiaran sesama sendiri mencari perlindungan tatakala kapal seperti hilang keseimbangan... para pasukan keselamatan pon bnyak yang tergolek dan kami berpaut di sisi kapal aku melihat kedepan
'' ahh kapal ni tak bergerak ni.. kabus itu yang datang menghampiri '' kata ku.
sebab aku kata begitu kerana melihat di awan terdapat beberapa ekor burung yang tidak bergerak dan masih berada di posisi sama begitu juga kapal santa maria yang seiring dengan kapal kami tidak seperti bergerak langsung. ramzul dan bahtiar masih berpaut dengan senjata masing2 dah jatuh kemana aku pon tak tau dengan keadaan kapal yang tidak stabil.

''ya Allah.. apa yang mahu kamu berikan ini aku dan rakan2 tetap tabah utk hadapinya" kataku di hati kecil".

Dengan tak semana2 ada satu gelombang yang muncul didepan kapal merempuh kami seperti gelombang magnetik dan kesemua krew termasuk aku dan rakan2 tersungkur jatuh dan muntah semuntah2nya ya Allah azab nya keadaan ini seperti nak tercabut nyawa ketika gelombang itu merempuh kapal kami.

Kilat terus sambar menyambar dan kabus hitam tebal itu semakin hampir baru kami semua krew nak berdiri teguh kembali sekali lagi gelombang itu muncul dan menghentam kami.. Ahhh.. terbaring kembali dan muntah2 kami lagi dan senaknya hanya Allah sahaja yang tahu. aku gagahkan utk berdiri tatkala krew2 yang lain sudah seperti tak mampu utk berdiri termasuk rakan2 ku ramzul dan bahtiar.. aku terus meluru ke dek kapten melihatkan mereka juga dah terbaring dilantai dengan muntah2 yang berselerakan. aku papah kapten zulfakar dan terus kapten itu berkata

"cepat AZAN.. tengok tuu" kapten menunjuk jari ke depan ..
ya Allah kabus hitam itu menyerupai seperti sekujur tubuh manusia yang besar dengan gagah datang kearah kami.. dengan mulutnya terbuka luas seperti gembira mahu menjamah kami.. tatkala itu muncul satu pusiran air laut yang besar dibelakangnya.. hanya Allah yang mengetahui apa yang terjadi kepada kami ini dan hanya dialah sahaja penyelamat kami. Aku memberanikan diri dan terus kedepan kapal mengadap kabus lembaga itu dengan penuh kemarahan yang sedang mara dengan hanya 200 meter sahaja .. kapal ini tak bergerak. tangan kananku ditekup ke telinga dan dengan nafas panjang aku Azan dengan hati yang berserah padaNYA dan berkata hati ku

ALLAH MAHA BESAR... ALLAH MAHA BESAR ..

Biarlah nyawaku diambil lembaga ini dan selamatkanlah nyawa rakan-rakanku diatas kapal ini.. tengahku bertarung nyawa didepan kapal terdengar pula dibelakang suara yang ramai melaungkan Azan.. dan sekali gus didalam kapal itu bergema Azan.. selesai Azan telingaku seperti jelas terdengar dari mana datangnya tetapi dekat di telinga satu ayat berbunyi

" Wa ja ‘alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun "

diulang banyak kali dan sememangnya jelas di anak telinga ini dan dengan sepontan aku mengikutinya dan krew2 yang hampir pon melafazkannya dengan izin Allah segala kabus hitam hilang dari pandangan termasuk kapal santa maria yang berada seiring dengan kami diikuti pula cahaya matahari yang terang seperti menghalau kabus2 hitam itu terus menguasai lautan. pusaran air juga hilang dari pandangan yang terlihat hanyalah sebuah lautan yang membiru. aku melutut kesyukuran dengan peluh membasahi seluruh tubuh menadah tangan sambil berkata

" TIADA SANGSI LAGI ENGKAULAH MAHA PENCIPTA DAN PENYELAMAT KAMI YA ALLAH SYUKUR KEHADRATMU" krew2 yang lain memapahku ke dok kapal kerana menyedari bertapa tidak bermayanya aku.

Keadaan pulih seperti biasa ramzul dan bahtiar seperti tidak percaya dengan apa yang aku lakukan diatas kapal ini dan tak seberapa lama kemudian kapal kami tiba di pelabuhan bahamas dengan penuh cerita yang terjadi dan mereka juga memahaminya melihat situasi kami yang sedikit tidak teruurus. apabila barang2 kargo di serahkan kami bermalam hampir tiga hari di bahamas macam-macam cerita yang kami dengar dari mulut penduduk itu sendiri dimana perkara yang sama pernah terjadi kepada kapal yang lain dan yang bernasib baik lepas yang tidak akan hilang begitu sahaja. lautan atlantik pernah digelar seperti jalan mati oleh penjelajah lama yang bernama kapten columbus seorang kapten yang pernah mengemudi kapal santa maria yang kami jumpai di tengah lautan atlantik. perjalanan pulang kami tempuhi dengan selamat apabila kebanyakan krew kapal berwirid dan berzikir. kami juga berjemaah beramai2 ditengah2 kapal bacaan yassin juga tidak terlepas dan apabila dibaca ayat 1-9 yassin itulah dia ayat yang didengar dicelah2 telinga semasa berhadapan dengan musibah yang terjadi. yang baiknya apabila ahli pasukan keselamatan yang berbangsa sigh mahu memeluk islam kerana melihat kebesaran yang benar dari Allah yang Maha Esa sehingga terbuka pintu hatinya utk memeluk islam. syukur alhamdulillah.. perjalanan kami selamat ke tanah air selepas 3 minggu belayar dari bahamas dan membawa pengalaman yang tak ternilai semasa berada di lautan Atlantik.. ALLAH MAHA BESAR... ALLAH MAHA BESAR.. wassalam...





Kisah Dari:
Seladang Selamanya.
Januari 29 2013.

PENGALAMAN MELIHAT AZAB KUBUR

Saya pegang nisan di kubur arwah abang Hamid yang baru saja kami kebumikan sebentar tadi. Fikiran saya berputar ligat.

“Aii.. menung nampak? Kenapa?” tanya Bakar, kawan baik saya yang turut sama menjadi
penggali kubur di Bakri, Muar, Johor.

Tak ada apa-apa. Saja tengok kain ni, dah kotor sikit kena tanah,” saya berdalih, cuba menyembunyikan perkara yang berasak-asak datang ke kepala.

“Mari pergi kat pondok… mandur nak jumpa. Dia nak cakap fasal kerja, gaji, overtime.
Pak Dolah, kawan-kawan lain dah pergi dah,” tambah Bakar sambil memikul cangkul dan
 botol airnya.

“Pergilah dulu, nanti aku datang,” balas saya lantas duduk termenung.

Sepeninggalan Bakar, saya duduk di pinggir kubur Abang Hamid. Saya termenung. Ada
 satu perkara yang sedang menyucuk-nyucuk fikiran saya. Sebenarnya sudah lama ia
bermain-main di benak tapi sekarang ini makin mendesak.Orang ramai sudah balik,
Munkar dan Nakir sudah datangkah menyoal Abang Hamid, hati saya bertanya. Kata orang,
selepas tujuh langkah kita tinggalkan pusara, maka akan datanglah dua malaikat itu untuk
 menyoal simati. Kalau bagus amalannya semasa hidup, berbahagialah. Tapi kalau
bergelumang dengan kemungkaran, bersiap sedialah…Saya teringat cerita kononnya ada
orang yang menekap telinga ke kubur dan dengar bunyi dentuman tapak kaki di dalam.
Konon cerita, lepas itu terdengar pula bunyi hentaman dan si mati menjerit-jerit.

Eee… seramnya. Macam mana agak-nya rupa Munkar dan Nakir. Besarkah badannya,
garangkah rupanya atau berjubah dan maniskah wajahnya? Kalau dibelasahnya kita, tentu
 sakitnya tak terperi. Kalau lipan, jengking datang habislah kita disepit. Nak lari tak boleh,
nak mengadu tak boleh, kita seoranglah menanggung sakit pedih. Astaghfirullahal azim…

Saya masih lagi duduk melangut di pinggir kubur Abang Hamid. Jiwa muda saya makin
menggaru-garu. Kian lama saya termenung kian ia mengganas dan mengacau fikiran.

Pergi… pergi sekarang! Johar, masa inilah kalau nak cuba. Kawan-kawan dah tak ada,
 cepat, ia berbisik di telinga saya.

Jari-jemari saya bergerak-gerak. Lutut dah mula menggeletar manakala kepala rasa
berpusing. Saya beristighfar beberapa kali mententeramkan jiwa yang bergelora, namun
bisikan itu makin kuat berkumandang di telinga.

Cepat, cepat, cepat! Inilah masanya. Johar, apa engkau tunggu lagi?’ Kan engkau nak
 tau sangat, jangan tercegat lagi. Kau takut? Allah, bukannya kena tangkap, bukannya
boleh mati…

Jadi bisu? Sakit, lepas tu mereng sampai mati? Jangan pedulilah, tu cerita orang saja.
Entah ya entah tidak. Engkau orang muda, kuat semangat, apa nak takut. Cepat Johar, cepat, cepaaaaat!

Dimulai lafaz bismillah dan selawat kepada Nabi, saya terus bangun dan terjun ke dalam
 kubur di sebelah pusara Abang Hamid. Ia baru saja digali sebab di sini, kami biasanya
sudah gali lebih kurang 10 kubur sebagai persediaan.. Maklumlah, Bakri ni kawasan besar,
 kalau ada banyak kematian sekali gus, taklah timbul masalah.

Di dalam lahad saya berbaring dan meratib, lailahaillallah,

lailahaillallah, lailahaillallah…

Saya pejamkan mata, menggigil tengok dinding lahad di depan mata. Bau tanah dan sempitnya
ruang di dalam lahad itu menyebabkan saya betul-betul gemuruh.

Munkar, Nakir, ular, jengking, api tinggi menggulung, nanah, darah dan segala seksaan yang
pernah didengar daripada guru-guru agama terbayang di depan mata.

Saya juga teringat pada alunan suara seorang wanita membaca al-Quran dari salah sebuah
kubur di sini yang saya dengar beberapa bulan lalu. Jeritan, tangisan dan raungan dari
kubur-kubur lain yang didengar pada malam-malam selepas itu juga pantas menyerbu fikiran.

Suara-suara aneh dari kubur itulah yang sebenarnya menggaru-garu jiwa saya untuk
menyaksikan sendiri keadaan di alam barzakh. Bunyinya memang gila, mana boleh manusia
 hidup menycberangi ke alam barzakh, tapi saya ingin juga merasainya.

Lailahaillallah..Lailahaillallah..Lailahaillallah..

Saya terus meratib dan meratib hinggalah tiba-tiba dunia menjadi kelam dan sedetik kemudian bergema satu bunyi yang amat menakutkan.

GGRUUMMM… PPPRRAAAPPP!!

Tanah di kubur Abang Hamid tiba-tiba bergerak. Setelah itu satu lagi sisi tanah kuburnya
 berganjak diiringi bunyi yang amat menggerunkan.

“Ya Allaaaaahhh… apa yang berlaku ini?” saya menggeletar kerana bunyi itu datang dari
 dua arah dan saling rapat merapati. Air mata seperti hendak mengalir.

GGGRRRRUUUMMM…

Tanah di kubur Abang Hamid bergerak lagi saling himpit menghimpit. Saya menggigil
mendengar bunyi itu yang dentumannya lebih dahsyat daripada tanah runtuh. Saya cuba
menekup telinga kerana tidak tertahan dengan bunyi yang bingit itu, tapi tangan saya tiba-tiba
 kaku.

Ingin saja saya melompat dari kubur, pun demikian kaki bagai dipaku ke tanah, tak dapat
 bergerak akibat terlalu terkejut.

ARGGHKKK… ERRRKKKKKKK! ! !

Terdengar pula suara seorang lelaki mengerang. Suaranya laksana dia sedang menahan
kesakitan yang amat sangat tapi seperti tersekat di kerongkong. Nafas saya sudah tidak
tentu arah, takut yang amat sangat.

AARRKKK…. UUURRRKKGGH!!!

Saya menggigil apabila dia mengerang-ngerang lagi. Perasaan simpati tak dapat dibendung.
Ingin rasanya saya menarik lelaki itu keluar daripada terus dihimpit, tapi di sebelah saya
 cuma lapisan tanah yang tidak mampu ditembusi.

Saya masih lagi terbaring dengan nafas turun naik apabila tiba-tiba…

PPPR-RRAAPPPPP!!!… bunyi papan patah berderai.

PRRAAKK… TTAAPP… PRRAAPP!

Kepingan demi kepingan papan tersebut patah hingga hancur berkecai lalu disudahi
 dengan suara lelaki tersebut mengeruh. Serentak itu, kedengaran pula tulang-temulang patah!

Air mata saya meleleh. Di ketika ini hati saya berkata, mungkin inilah yang Nabi maksudkan
bahawa tanah dan dinding kubur akan menghimpit tubuh orang-orang yang mengkufuri Allah
 hingga berselisih tulang selangkanya. Aduh, tidak terbayang peri sakitnya lelaki yang sedang mengerang itu. Jantung saya bagai hendak tercabut dan darah terasa kering apabila mendengar
dia mengerang-ngerang dan tulang-temulangnya patah berderap-derap.

Di saat saya terbungkam dengan apa yang berlaku, tiba-tiba satu deruan angin yang maha
dahsyat datang menerpa. Desingannya menyakitkan telinga.

Seiring dengan ribut taufan itu juga, hadir sesuatu berwarna hitam seperti asap, makin lama
 makin membesar lalu membentuk lembaga hitam yang teramat besar. Di tangannya
 tergenggam sebatang besi yang sedang membara, merah menyala.

Tiba-tiba lembaga itu menghayun besi tersebut. Pantas saya menepis, namun sebaik besi itu menyentuh lengan, saya menjerit kesakitan. Aduh, panasnya menyebabkan kulit tangan saya
 ini bagai tersiat dan dagingnya masak.

“ARGGGHHHH” Jangan pukul aku lagiiiii!!!”, saya meraung apabila lembaga itu memukul
 kaki saya.

Saya cuba mengelak, tapi pukulan itu tetap singgah ke sasaran. Bagai hendak tercabut anak
 tekak saya menjerit kerana kehangatan besi itu membakar daging paha saya.

“Arrgghhh… sakit, sakiiittt!!”, saya meraung-raung, tapi lembaga hitam besar hingga sayup
mata memandang itu terus menghayunkan besi panasnya ke kepala, kaki, tangan, badan dan
perut saya.

Dalam pada itu, tanah di kubur sebelah terus-terusan bergerak himpit menghimpit. Bumi
tempat saya berpijak bergegar hebat laksana dilanda gempa.

Suara lelaki mengerang dan tulang-temulangnya patah berderap bagai dahan sekah, tetap
 kedengaran. Dalam hati saya meraung, matilah aku kejap lagi, patahlah tulang aku, renyuklah
badan aku dibelasah dengan besi panas.

Saya menjerit, menepis, mengelak hinggalah tiba-tiba saya terasa sesuatu yang amat sejuk menyimbah ke tubuh saya. Serentak itu lembaga hitam hilang entah ke mana dan bunyi bumi bergegar serta lelaki mengerang lenyap serta-merta. Suasana terasa hening.

“Johar… Johar!!”, sayup-sayup nama saya dipanggil.

Dengan susah payah, saya membuka mata. Tapi saya tidak larat, badan terlalu letih.
Wajah seseorang berbalam-balam di mata.

“Johar… bangun, bangun!”, nama saya dipanggil lagi, badan digoncang-goncang.

Saya buka mata sedikit. Ooo… rupa-rupanya Bakar. Bersama-sama Pak Dollah, mereka
mengangkat saya keluar dari kubur.

Selepas diberi air, badan dikipas, barulah saya segar semula. Bakar beritahu, selepas
menunggu lama di pondok, dia dan Pak Dollah serta mandur mencari saya untuk membayar
 wang kerja lebih masa. Lama mencari, akhirnya dia jumpa saya di dalam kubur sedang
bersilat seorang diri.

“Engkau menepis sana , mengelak sini. Habis tanah kubur tu engkau tumbuk. Aku ambil
 air. Aku simbahlah”, kata Bakar sambil menunjukkan baldi yang digunakannya lalu
 disambut gelak tawa kawan-kawan.

Saya hanya tersenyum tawar. Tak terdaya saya hendak ceritakan apa yang telah berlaku
 sebentar tadi, bimbang mereka tidak percaya.

Selepas kejadian itu saya terlantar selama beberapa bulan akibat badan penuh dengan
 lebam-lebam. Mungkin lebam akibat menumbuk dan menendang tanah, mungkin juga akibat pukulan besi panas itu. Saya juga dibawa berjumpa bomoh untuk memulihkan semangat.

Keluarga dan kawan-kawan menggeleng kepala dengar cerita saya. Mereka berebut-rebut
 menyuruh saya menceritakan pengalaman menakutkan itu. Ada yang insaf, ada juga yang mengatakan semua itu karut, mainan syaitan, mimpi dan igauan semata-mata.

Lantaklah apa kata mereka, tapi saya puas hati. Akhirnya saya telah saksikan sendiri seksaan
 di dalam kubur. Sama ada apa yang dilihat itu adalah keadaan yang sebenarnya berlaku
di alam barzakh atau hanya mimpi semata-mata akibat terlelap semasa meratib, itu saya
 tidak kisah.







Puntianak Sungai Ular


Misteri gangguan lembaga menyerupai pontianak di sekitar Jalan Sungai Ular ke Simpang
Tiga Terap bukanlah satu perkara baru, di mana ada dalam kalangan penduduk tidak berani menggunakan jalan itu waktu tengah malam.Penduduk tempatan mendakwa turut berjumpa
lembaga bertenggek di atas paip air di tepi jalan seawal jam 11 malam.
Gangguan makhluk halus itu juga dikatakan mengakibatkan ada dalam kalangan penunggang
motosikal dan kenderaan lain terbabas.Penulis sempat menemu bual mangsa yang pernah
ternampak makhluk halus berkenaan.Dia berkata, ia mempunyai ketinggian sekitar 5 kaki 11 inci hingga 6 kaki tinggi, berambut panjang sehingga ke paras siku dan menutup muka.Menurutnya, lembaga dipercayai pontianak itu selalunya berdiri di tepi jalan atau dilihat berjalan di tepi jalan berseorangan dalam keadaan kepala tertunduk.Pengamal perubatan tradisional, Rosli Ahmad yang tinggal di Taman Tunku Putra berkata, pontianak ini merupakan iblis dan jin yang mampu menyerupai pelbagai bentuk dan rupa.
“Gangguan iblis dan jin ini boleh mengakibatkan seseorang itu dirasuk. Semua ini berlaku apabila mangsa berada dalam keadaan lemah. Selain itu, pontianak ini sering berada di kawasan di mana kerap berlakunya kemalangan maut,” katanya.
Menurutnya, sekira iblis dan jin sudah berada di dalam badan terlalu lama, ia akan menjadi lebih selesa dan sukar untuk mereka meninggalkan jasad ditumpang.da penduduk tempatan.

Enjin motosikal tiba-tiba terhenti

Terkini, seorang kakitangan awam, Mohd Aziz Osman yang menunggang motosikal jenis
Kawasaki RR150 dari arah Terap ke Kulim terkejut apabila enjin motosikal ditunggangnya
 tiba-tiba terhenti kira-kira 50 meter dari Jambatan Sungai Anak Kulim kira-kira jam 12.30 pagi.Dalam keadaan gelap dia menolak motosikalnya ke tepi jalan. Setelah beberapa kali
 mencuba, akhirnya enjin motosikalnya itu berjaya dihidupkan semula.
Dia kemudiannya menghidupkan lampu motosikal bagaimanapun ternampak lembaga putih
berambut panjang berada di hadapannya.“Saya beristighfar panjang apabila ternampak lembag
a putih itu berada kira-kira 10 meter di hadapan motosikal saya."Saya membaca beberapa surah
Yasin dan meminta dia jangan mengekori saya,” katanya.Menurutnya, pengalaman tidak
dilupakan apabila lembaga itu memusingkan kepalanya sehingga ke belakang tanpa
memusingkan badan.Aziz berkata, Jalan Sungai Ular ke Terap sering melibatkan kemalangan
 maut dan sehingga kini, lebih 10 kemalangan maut dilaporkan berlaku di mana ia melibatkan penunggang motosikal dan pemandu kereta.atan.


Bonceng perempuan waktu malam

Sementara itu, penduduk tempatan, Safaruddin Ahmad berkata, kewujudan lembaga putih
dipercayai pontianak di sekitar Jalan Sungai Ular menghala ke Terap bukanlah satu perkara
baru, kerana ramai dalam kalangan penduduk di kawasan itu sudah mengalaminya.
Dia yang mempunyai kebun di Terap pernah ternampak lembaga itu bertenggek di atas paip
air yang terletak di tepi jalan.
“Kejadian berlaku kira-kira jam 11.45 malam ketika dalam perjalanan balik ke rumah.
"Saya ketika itu menunggang motosikal dan tidak dapat menunggang dengan laju kerana
membawa muatan durian. Jalan dari Terap ke Kulim sememangnya gelap pada waktu malam,
kerana ia merupakan kawasan hutan.

"Apabila tiba di tempat kejadian saya merasakan muatan yang saya bawa semakin berat.
Beberapa minit kemudian badan saya berasa sejuk dan dalam masa sama, lampu motosikal
 saya menyuluh lembaga perempuan berdiri di kanan jalan,” katanya.Sebelum ini, lima
 anggota pihak berkuasa tempatan (PBT) mengejar seorang suspek yang melarikan diri dengan menunggang motosikal di jalan berkenaan.

Mereka terkejut kerana di belakang motosikal salah seorang anggota ditumpang oleh seorang perempuan.Anggota PBT itu mengalami kerasukan bagaimanapun dipulihkan dengan bantuan penduduk tempatan sebaik sahaja sampai ke pondok rondaan.

Kejadian ini masih berlaku sehingga hari ini dan terus menjadi tanda tanya kepada penduduk tempatan.


Puntianak


Puntianak

Puntianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat Melayu
bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. Terdapat
juga pendapat menyatakan bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia.

Puntianak ini dikatakan mempunyai lubang dibelakang tengkuknya. Sesiapa yang berjaya hidup ketika berjumpa puntianak dalam jelmaan wanita dan memasukkan paku ke dalam lubang ini dikatakan menjadikan puntianak tersebut kekal menjadi wanita cantik. Dan korang boleh memperisterikan mereka dan biasanya, mereka menjadi wanita yang mempunyai hikmat kemutan yang tinggi tanpa penyakit keputihan. Sekiranya paku itu dikeluarkan, ia akan kembali sebagai puntianak. Bagaimanapun, anda dinasihatkan agar tidak cuba memaku mana-mana wanita yang dijumpai kerana akhirnya anda mungkin akan dituduh membunuh.
( Sumber dari Wikipedia )

Eh!!! Biar betik ni,, nak tegelak pun ade aku baca, wikipedia ni betul ke memain ni...
tapi x kesah la.....benda ni banyak dia punya tanggapan masyarakat.Manu satu betul aku pun
x tau.Kalau Kat Indonesia x silap aku ade kota nama puntianak...korang boleh baca kat sini
http://goo.gl/IR0RN4 .Tapi kat Malaysia ni, puntianak ni famos gak la..Aku pun ade pengalaman
gak bab puntianak ni...huhuhu. Cerita ni kat kampung member aku la. dekat2 je kampung kiteorang
memang kecoh la time ade ramai orang jumpe puntianak. Sekarang aku tax tau lagi la ade g ke
x sebab aku x dok kampung dah.sekali sekala je balik.

Kalo korang penah tengok satu produksi dari Indon la.ENTITI...dyeorang ni memang giler2
punya bab buru2 hantu ni....kat Malaysia pun ape kurangnyer an,,, cuma Indon Advance sikit
la sebab dyeorang ni main seru2....mane la benda tu x muncul kalau diseru an...Biasa tempat2
kotor atau orang x jaga kebersihan tempat ni la bennda2 ni suka buat umah dieorang..
Oh lupa..kalo korang perasan la...Puntianak ni selalu dikaitkan dengan perempuan bawak bayi...
Tu memang dah jadi benda wajib lebih2 lagi kat filem2 seram .Kalau mat Salleh punya puntianak
dieorang lain...suka hisap darah..n x boleh kena matahari. Lain tempat,lain cara dia kan.hehehe

Apa Perlu Buat Kalau Berhadapan dengan puntianak???

Kalau terjumpa la, apa lagi korang mintak je autograf sebab susah nak jumpe cik Pon ni.
Hehehe, Gurau je la. Situasi kalo korang terjumpe la. Sebab benda macam ni terjadi bila mana
korang dalam keadaan x sengaja, atau korang memang x terniat ape2 pun nak jumpe benda tu.
korang baca fatihah..kalau boleh korang kena faham la maknanya sekali ye...jangan salah baca
lak.Lepastu korang baca Ayat Kursi, kalau korang nak tahu dalam ape je yang korang buat
2 surah ni penting kerana ade kelebihan2 sendiri. korang jangan salah baca pulak..sebutan tu
kena betul..so yg tu korang study sendiri la ye. Insyallah dengan izin Tuhan, hilang la cik Pon tu.
Tapi kalau dia sikit pun x rasa tergugat....korang jangan gelabah, relax je.. buat x nampak je.
Satu lagi aku terlupa , Korang boleh amalkan ayat2 sifa...ayat2 sifa ni ade banyak tau...biasanya
ustaz2 guna untuk buat pagar pada diri..

Monday, April 27, 2015

Langsuir


HANTU LANGSUIR

Langsuir adalah sejenis makhluk halus penghisap darah dalam kepercayaan masyarakat
Melayu. Langsuir dipercayai akan merasuk mangsa dan menghisap darah mangsa secara
perlahan-lahan sehingga mati.

Terdapat sesetengah pendapat bahawa Langsuir berasal daripada wanita yang mati
bersalin atau selepas itu.Langsuir dipercayai mampu menyerupai seorang perempuan yang
cantik dan mengoda lelaki agar mengikuti mereka ketempat sunyi. Apabila sampai ketempat
yang sunyi, langsuir akan berubah kembali kepada rupa asal dan akan merobek perut mangsa
atau mencekik leher mangsa dan menghisap darah mereka.( Sumber Dari Wikipedia )






                                           


                                                       ( Sumber gambar dari En Google )

Wah!!! kalo dari cerita wikipedia ni, seram jugak Langsuir ni ....sampai mati boleh dia
buat mangsa dia....heheh...tapi aku x pernah lagi la denga cerita orang mati kena cekik or
kena hisap darah....dulu masa aku kecik2 era zaman 1995 x silap malaysia kecoh dengan
perempuan penghisap darah..yang lawak nyer dia datang umah orang naik kete kancil merah
zaman tu sapa umah ade kete kancil merah datang , memang x la nak bukak pintu...Tapi
cerita tu senyap terus....sampai kuar tv x silap....huhuhu.
OK, bebalik kita cerita pasal Langsuir ni...Kalau betul la dia boleh menjelma jadi perempua
cantik, bahaya ni....orang laki ni pantang tengok pempuan cantik ,lagi2 zaman sekarang ni....
kecuali la orang yang betul2 kuat iman..heheheheh....


Kat Sini aku nak kongsikan petikan dari Sinar Harian ni.
Norhasram Mohammad
26 Nov 2013

Langsuir Ganggu Penduduk

PASIR PUTEH - Cerita langsuir mengganggu penduduk yang sebelum ini hanya diketahui
pendudukdi beberapa kampung di sini dan Jerteh, Terengganu akhir-akhir ini menjadi
perbualan hangat apabila isu itu tersebar melalui laman sosial.Cerita itu menarik perhatian
 penduduk dari luar kawasan yang memasuki kampung terlibat seperti Kampung Gong
Tinggi, Gong Pasir, Kampung Tasek, Gong Lapang (Pasir Puteh) dan Kampung Penaga Putar (Jerteh) secara berkumpulan.

Tinjauan Sinar Harian mendapati ada penduduk mengakui terserempak dengan lembaga
berambut panjang yang berterbangan sambil mengilai dengan suara mengerikan tapi ada
 sesetengah penduduk menafikannya.
Pegawai Agama Jajahan, Ahmad Talhah Ab Rahman berkata, beliau tidak jelas mengenai
perkara itu kerana hanya mengetahui cerita mengenai langsuir itu melalui Facebook.

“Susah nak cakap sebenarnya. Tak nak percaya tak boleh juga kerana kita kena ingat Islam juga
mengajar umatnya mempercayai perkara ghaib seperti wujudnya jin dan syaitan.
“Cuma jangan kita panik dan terlalu takut kerana ia boleh menjejaskan iman. Kena sama-sama
jaga akidah dengan sentiasa merujuk kepada pakar atau orang yang layak membicarakannya,” katanya.

Beliau tidak menafikan ada mendengar cerita mengenai bomoh yang berjaya ‘menangkap hantu’
namun katanya, perlu berhati-hati kerana jin juga mungkin menipu dengan berpura- pura terperangkap.
Ahmad Talhah berkata, sekali pun langsuir didakwa penduduk itu betul, makhluk itu tidak
memudaratkan kerana ia mungkin jin yang mahu mengganggu manusia.


Suara Mengerikan

Penduduk Kampung Penaga Putar, Tuan Muda Tuan Mat, 48, berkata, dia melihat kelibat
 lembaga yang berterbangan sambil mengilai panjang ketika pulang ke rumah dengan
 menunggang motosikal jam 12 tengah malam, minggu lalu.
Katanya, walaupun tidak nampak dengan jelas ketika dia memberhentikan motosikal,
suara lembaga itu menyebabkan bulu romanya meremang dan memaksanya bergegas pulang.
Perasaan takut datang lagi ketika saya tersedar dari tidur pada malam itu. Sebelum ini saya ada
dengar orang kampung cerita pasal langsuir tetapi saya tidak percaya sehinggalah saya
berdepan dengannya.
"Saya pernah beberapa kali terserempak dengan hantu. Suara langsuir menyeramkan tapi saya
tak endahkan,’ katanya.


Sudah Dipasung

Penduduk Kampung Penaga Putar, Tuan Muda Tuan Mat, 48, berkata, dia melihat kelibat
 lembaga yang berterbangan sambil mengilai panjang ketika pulang ke rumah dengan
 menunggang motosikal jam 12 tengah malam, minggu lalu.
Katanya, walaupun tidak nampak dengan jelas ketika dia memberhentikan motosikal,
suara lembaga itu menyebabkan bulu romanya meremang dan memaksanya bergegas pulang.
Perasaan takut datang lagi ketika saya tersedar dari tidur pada malam itu. Sebelum ini saya ada
dengar orang kampung cerita pasal langsuir tetapi saya tidak percaya sehinggalah saya
berdepan dengannya.
"Saya pernah beberapa kali terserempak dengan hantu. Suara langsuir menyeramkan tapi saya
tak endahkan,’ katanya.

Gambar dari SINAR HARIAN



Susah nak cakap la kan, kesimpulannya, sape yang pernah alami korang je yang tahu & rasa 
ape pun kita ni sebagai makhluk ciptaan Tuhan hanya perlu takut kepada pencipta kita je..