Monday, May 11, 2015

Histeria Gangguan nenek tua


Histeria Gangguan Nenek Tua

Dalam entri ni aku nak ceritakan pengalaman sebenar daripada seorang sahabat berkenaan Rakan baik adiknya yang mana mengalami beberapa perkara aneh selepas diserang histeria di sekolahnya.
Secara umumnya la , korang tau histeria ni akibat gangguan yang mana kesannya seseorang tu terjerit-jerit..bukan tu je, kebiasaannya orang perempuan la mangsanyer, yela dieorang ni semangat
lemah sikit. senang benda2 halus nak masuk dalam badan.
Korang ade terfikir x, nape la sekolah2 cina ,india kurang kena2 gangguan macam ni kan, nape
asyik2 melayu je, sebabnyer orang melayu kat malaysia ni paling ramai, heheheh...x de la gurau je..
kan syaitan tu dah berjanji akan menyesatkan dan ganggu umat nabi Muhammad SAW kan, so x
hairan la kenape orang melayu di diganggu kan.

OK, berbalik pada cerita sahabat kita ni, Lebih senang dipanggil Nurul.Jom Kita layan cerita dia..

Asslamualaikum, Saya Nurul, saya ada 1 cerita ni berkaitan sekolah saya diserang histeria.Cerita ini
pernah keluar surat khabar juga satu masa dulu, lebih kurang 20 pelajar ketika tu diserang histeria
dan benda ni asyik berlarutan sampai Nurul pun takut. Nurul X pernah kena, tapi ada kawan-kawan
adik yang pernah terkena , jadi dieorang sempat kongsikan dengan Nurul, Kat sekolah ni tempat dia
keras sikit,maklumlah pelajar guna tengah hari je, malam memang x la kan, di tambah dengan faktor
persekitaran lagi , x hairan la sekolah2 antara tempat yang keras .

Cerita ni terjadi selepas mana ade orang yang menebang paya belukar yang mana terletaknya kat
belakang sekolah.Kawasan tu agak berdekatan dengan kawasan kubur Islam lama di kampung Medan.Kawasan belukar tu agak lama la dah terbiar macam tu je, sampai ade la orang beli dan
buat kilang pampers kat situ.

Bila dah tebang semua paya belukar tu, so jadi lapang la kan, kat situ la cerita bermula. Sejak dari
tu, mulalah gangguan histeria yang mana mangsanya pelajar perempuan sekolah tu la sebab sekolah tu je yang dekat ngan kawasan tu . Untuk kali pertama time tu seorang pelajar telah dirasuk. Ape
yang peliknya pelajar tu seolah2 menjadi seorang nenek kebayan, tebongkok- bongkok n menjerit.
biasa histeria ni just jeritan je, tapi yang ni siap ade lakonan.Apa yang aku tahu, time kena rasuk tu,
dia marah sebab dia cakap kawasan dia dah kena kacau, so dia cakap dia akan kacau la budak2 sekolah ni..

Zahirah ( kawan adik saya) salah seorang mangsa histeria , dia cakap dia ternampak satu lembaga hitam , selepas tu ada suara yang memanggilnya dan dia langsung tak sedarkan diri.Waktu tu
comform dia dah kena rasuk.Berpunca dari dia, rakan lain turut terkena histeria .Bila dah kena rasuk
ada yang menangis, ade yang ketawa,terjerit2 macam-macam la....suasana memang cemas la time tu, masing2 takut kan.

Perkara tu jadi hampir setiap hari dalam masa sebulan. cikgu2 semua pun dah pening kepala
dan buntu tak tahu nak wat macam mana lagi dah. paling takut bila time periksa, pelajar akan periksa dekat dewan. cuba bayangkan kalau satu dewan time tu kena, silap2 dengan cikgu2 sekali kena rasuk.

So far, Nurul x pernah la nampak ape2 kan memang x nak la, tapi serius cakap sekolah tu memang seram.Rasa sunyi je n meremang bulu roma bila berada kat sekolah tu.

Sejak tu, setiap hari bacaan yasin dibuka satu sekolah, mana2 yang kena rasuk akan dibawa pergi surau dan ada la ustaz2 yang stanby akan merawat .
Zahirah la paling teruk kena, dia dah kena histeria ni rupanya-rupanya benda tu ikot sampai ke rumah, kesian tengok zahirah, balik berkurung bilik sampai berhari-hari sampaikan ayahnya tampar pun dia x rasa sakit pun hanya menangis .Sampai satu tahap dimana zahirah ni x nak makan hampir 3 hari, lalu ape lagi, ayah dia carikan ustaz la untuk berubat. Ustaz tu ade cakap Zahirah la punca utama
n orang pertama yang kena rasuk.

Sejak peristiwa tu, Hijab dia seolah2 terbukak, dia boleh nampak ape yang orang lain tak boleh nampak.



OK, setelah baca cerita Nurul  ni, aku x dapat rasa or bayangkan macam mana kehidupan
adik Zahirah lepas tu, terbukak pancaindera ketiga,, nampak benda pelik2 ...memang kalau aku kena aku cabut la. heheheh
Tapi ape pun setiap yang jadi mesti ada hikmahnya, diharap adik Zahirah tabah dan sentiasa ingat pada Tuhan.
Cerita ni penah masuk utusan rupanya.



Kat sini aku kongsikan sedikit keterangan dari guru2 sekolah , yang mana gambar dikirimkan oleh Nurul.







No comments:

Post a Comment