Wednesday, April 29, 2015

PENANGGAL




Penanggal merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memelihara harta dan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu penanggal dipercayai diberi makan darah daripada ibu yang mengandung / baru melahirkan anak.

Hantu penanggal dikatakan membolehkan tuannya mampu menjelma sebagai sejenis makhluk berkepala dengan urat perut yang bercahaya dan terbang mencari mangsa. Penanggal akan terbang kerumah yang dikenal pasti mempunyai wanita yang baru bersalin dan kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.

Mereka yang memelihara Penanggal dikatakan mampu menanggalkan kepala dan urat perut mereka dan terbang mencari wanita bersalin bagi memberi makan kepada Penanggalan. Selepas mereka makan, dikatakan pengamal Penanggal akan merendam urat perut mereka kedalam tempayan yang berisi cuka bagi mengecutkan perut sebelum masuk kembali kedalam badan asal mereka.

Cara nak lindungi diri & nak kenal penanggal ???

Cara menghalang gangguan Penanggalan dikatakan dengan cara meletakkan daun berduri, seperti daun mengkuang, di bawah rumah ibu yang baru bersalin. Ini dikatakan kerana hantu Penanggalan takut menghampiri rumah yang berduri kerana bimbangkan tali perut mereka tersangkut pada duri tersebut.

Daun berduri ini akan diikat pada tingkap rumah bagi memastikan ia memerangkap isi perut Penanggalan. Ini biasanya dilakukan pada rumah wanita yang baru bersalin. Bagaimanapun, kononnya cara ini tidak membantu bayi sekiranya Penanggal masuk melalui papan lantai. Dalam sesetengah keadaan, dikatakan beberapa bulan sebelum kelahiran, kaum keluarga wanita hamil akan menanam nenas di bawah rumah (rumah tradisi Melayu yang bertiang). Buah dan daun yang berduri akan menghalang hantu penanggalan dari memasuki bawah rumah. Apabila terperangkap, Penanggal yang menyerang kemudian boleh dibunuh dengan parang. Sebagai perlindungan tambahan, wanita mengandung akan meletakkan gunting atau kacip pinang di bawah bantal, kerana Penanggal dikatakan takut benda-benda tajam ini.

Cara lain yang dikatakan paling berkesan bagi mengenal pasti pemilik Penanggal adalah dengan memusingkan jasad tanpa kepala yang ditinggalkan ketika mereka keluar mencari mangsa. Ini kerana apabila mereka kembali, kepala tersebut akan bercantum songsang dengan jasad mereka menyebabkan kepala mereka bercantum kearah kebelakang. Kepala menghadap kebelakang tubuh.

Bidan yang menjadi Penanggal pada waktu malam kelihatan sebagai wanita biasa pada siang hari. Mereka bagaimanapun boleh dikenai sebagai Penanggal melalui tingkah laku mereka. Apabila berjumpa orang ramai, mereka biasanya mengelak bertemu mata dan ketika bertugas sebagai bidan, mereka boleh dilihat mengecap bibir mereka, seolah-olah memikirkan makan darah wanita lahir apabila tiba waktu malam. Orang yang tahu di mana hantu Penanggalan tinggal boleh menunggu pada waktu malam ketika Penanggal terbang meninggalkan tubuhnya dan terbang keluar, ia boleh dimusnahkan dengan menuang serpihan kaca dalam lubang tengkuknya, yang akan mencederakan organ dalaman Penanggal apabila ia kembali bersambung dengan tubuhnya; atau dengan membakar tubohnya, dengan itu menghalang Penanggal dari kembali bercantum dengan tubohnya pada siang hari.


Kenapa orang jadi penanggal???

Hantu Penanggal dikatakan dituntut oleh seseorang wanita bagi membantunya mengekalkan kecantikannya, membunuh musuhnya, menjaga tanaman / peliharaan daripada pencuri dan lain-lain. Kini, penanggalan bukan sahaja dituntut ole wanita malahan lelaki juga tidak kurang hebatnya.Daerah Kota Belud amat terkenal dengan balan-balan. Sebenarnya penanggalan adalah sejenis penyakit keturunan, bagi pengamal-pengamal ilmu ini mereka akan menjangkitkan keturunan mereka melalui makanan. Itu kini ilmu ini disebut sebagai penyakit bagi zaman kini.Ada separuh masyarakat mengatakan bahawa penanggalan datang dari orang yang menuntut ilmu hitam,selalunya terdapat dikawasan pendalaman.

Penelitian Ilmiah

Kadar kematian ketika bersalin akibat kehilangan darah (tumpah darah) mungkin menyebabkan timbulnya kepercayaan ini sabagai menjelaskan mengapa kadar kematian yang tinggi. Selain itu ia mungkin sebagai satu cara menjadikan masyarakat merasakan mereka dapat mengawal sesuatu kejadian. Kematian akibat tumpah darah tidak dapat dikawal. Tetapi jika dijelaskan sebagai perbuatan hantu, masyarakat dapat berusaha untuk menghindarkan gangguan hantu tersebut melalui jampi atau amalan seperti meletakkan daun mengkuang pada tiang rumah.
Sumber: Wikipedia

Apa, yang dapat aku faham kat sini, penanggal ni manusia la punya kerja. Bersekutu dengan
syaitan n jadilah penanggal ni.
Pengalaman tentang penanggal ni aku x pernah lagi lalui, nak cari cerita yang betul2 seram pun
sikit la pasal penanggal ni.Tapi aku pernah tengok satu video kat You tube la, penanggal kena
tangkap. x tahu la betul ke x kan.

Dari ape yang video tu tunjuk, penangal tu just kepala je, n memang la muke dia menyeramkan.huhu
gambar tu skrin short la dari you tube tu.Kalo korang nak tengok click je link ni Video Penanggal.
Tapi bagi aku Extrem betul la ilmu penaggal ni , tanggalkan kepala, ish .....Bila manusia berfikir
membelakangkan agama cm ni la jadinya.




1 comment:

  1. Sekarang saya pulangkan apa sahaja yang saya ambil daripada awak dan kepunyaan awak yang ada pada diri saya.apa sahaja yang saya ambil daripada awak,saya ambil yang haq semata-mata tiada yang lain dulu kini dan selamanya.

    ReplyDelete