Tuesday, May 12, 2015

Banglo Mona Fendy

Seperti yang korang tahu, kisah pembunuhan yang melibatkan vip yang kejam satu masa dahulu
yang mana pembunuhnya dah pun dihukum gantung. Mona Fendy atau nama sebenarnya  Maznah Ismail pernah menjadi seorang penyanyi dan pernah muncul di Muzik Muzik tv3 suatu ketika dulu. Tahun 1993, Negara telah di gemparkan dengan satu kes pembunuhan membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang, Datuk Mazlan Idris pada 13 Julai 1993 di sebuah rumah Kampung Peruas Ulu Dong, Raub Pahang. Pembunuhan ngeri itu telah direportkan dimana mayat telah dikerat-kerat 18 dan di tanam di sebuah rumah kosong di kampong berkenaan.Setelah di siasat, 3 orang telah di tahan iaitu Mona Fendi, suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka Juraimi Hussin dan telah di bicarakan dan di dapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995.

Mona fendy ni seorang pengamal ilmu hitam. seram bila baca cerita dia ni.




No comments:

Post a Comment