Tuesday, May 12, 2015

Highland Towers

Highland Towers

Sebut je pasal Highland Tower ni, mesti korang semua dah tau tempat ni tempat seram.Sejak
Tragedi ni berlaku, tempat ni jadi kosong je, bila kosong tu paham2 je la. benda2 halus ni suka
buat rumah dieorang...dah berape tahun dah sampai sekarang bangunan tu kosong ...geng2
paranormal pon ada yg dah sampai tempat ni, n memang sah la tempat keras....

OK, jom kita baca sikit info pasal highland Towers ni.
Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3 blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, pada 11 Disember 1993. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini. Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3.


Punca Tanah Runtuh
Musim tengkujuh di Malaysia iaitu bulan November dan Disember membawa hujan lebat melampau setiap tahun dan boleh menyebabkan banjir , banjir kilat dan tanah runtuh. Blok 1 Highland Towers runtuh selepas hujan yang turun 10 hari berturut-turut menyebabkan gelongsoran tanah selepas tembok penahan tempat meletak kereta kondominium itu runtuh. Kadar air luar biasa menyebabkab tahap kelembapan tanah, kekuatan struktur tanah, keseimbangan kandungan bendalir di dalam tanah dan pelbagai lagi perkara yang berkaitan.[1] Hutan Hujan Khatulistiwa yang padat memenuhi Banjaran Titiwangsa dengan daunnya yang lebar serta berakar tunjang, sekali gus mampu menampung dan menerima taburan hujan yang lebat dan bertindak sebagai pemangkin kepada tanah. Apabila tidak ada tanaman tutup bumi, air akan meresap ke dalam tanah dan menjadi pelincir kepada gelongsoran tanah dan bangunan di atasnya.

Kesilapan dalam rekabentuk tembok penahan yang dibina di belakang Blok Satu Kondominium Highland Towers mungkin antara punca berlakunya tanah runtuh di situ. Perunding jurutera geoteknikal, Prof Noel Edward Simons menyalahkan rekabentuk tembok penahan yang tidak sempurna.

Topografi kawasan itu yang berbukit, keadaan geologi dan jenis tanah yang tidak stabil juga menggalakkan berlaku tanah runtuh. Pakar geologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Ibrahim Komoo menyatakan tanahnya bukan batu yang kuat tetapi tanah bercampur pasir. Ini termasuklah Bukit Antarabangsa, Taman Tun Abdul Razak, Taman Hillview dan Bukit Indah.

Tragedi tu mengorbankan 48 orang penghuni time tu.Sedih....Alfatihah bagi mangsa yang beragama islam.

No comments:

Post a Comment